TEMPAT UTAMA KETIKA UMRAH & HAJI

GUA TSUR

SEJARAH GUA TSUR PENGENALAN Ia merupakan salah satu sebab mengapa Nabi Muhammad melakukan hijrah pada tahun 622 dari Makkah menuju Yastr...

Tuesday, 13 November 2018

GUA HIRA` ATAU JABAL NUR


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Gua Hira adalah tempat Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu dari Allah yang pertama melalui penghantaran malaikat Jibril. Gua tersebut sebagai tempat Nabi Muhammad menyendiri dari masyarakat yang mana pada saat itu masih belum beriman kepada Allah s.w.t.

Gua Hira' terletak di negara Arab Saudi. Gua Hira terletak di antara dua celah batu di sebuah bukit yang dinamakan Jabal Nur. Gua tersebut berada di sebelah Timur laut Kota Makkah. Terletaknya pada tebing yang menajak yang agak curam walaupun tidak terlalu tinggi. Oleh kerana itu kepada para pendaki yang ingin mendaki ke gua tersebut haruslah memiliki fizikal yang kuat dan untuk mendaki tempat tersebut mengambil masa 30 minit atau lebih.



Gambaran Gua Hira'
SUMBER : HTTPS://WWW.GOOGLE.CO.ID/SEARCH?Q=GUA+HIRA&DCR=0&TBM=ISCH&TBO=U&SOURCE=UNIV&SA=X&VED=0AHUKEWJIR6_27PHWAHVCM5QKHBYTBCAQSAQIJA&BIW=1366&BIH=659#IMGRC=8LLV99JJF1OLVM:, DIAKSES 14 OKTOBER 2017

gambaran dari dalam Gua Hira'
https://www.youtube.com/watch?v=Z3pC2VqP5ts


Jabal Nur merupakan bukit batu yang kering. Tingginya 621 meter dari permukaan laut, dan 281 meter dari dasar gunung. Dari puncak Jabal Nur, para  pendaki hanya perlu turun sekitar 50 meter untuk sampai ke Gua Hira. Pada zaman sekarang para pendaki yang ingin mendaki ke Gua Hira lebih jauh dan mudah malah jika para pendaki, mendaki dari bawah hanya melalui dengan anggaran 600 anak tangga sahaja.


Gambaran anak tangga ke Gua Hira'
SUMBER : HTTP://NEWS.LIPUTAN6.COM/READ/2615487/GEMA-SALAWAT-DAN-TANGIS-DI-GUA-HIRA, DIAKSES 14 OTOBER 2017


PENERIMAAN WAHYU

Dari Imam Bukhari telah meriwayatkan, hadis daripada Aisyah ra menyatakan bagaimana Peristiwa di Gua Hira', peristiwa penurunan wahru yang pertama. Daripada Aisyah ra meriwayatkan, bahawa sebelum penurunan wahyu yang pertama ini Rasulullah s.a.w sering mengalami mimpi yang baik di dalam tidurnya itu. Pernah suatu ketika Rasulullah s.a.w bermimpi dan di dalam mimpinya seperti cahaya subuh. Rasulullah s.a.w pergi  menyendiri untuk menghindari keadaan kaumnya yang masa itu jauh dari mengingati Allah s.w.t dengan menyembah berhala, berzina, berjudi, minum arak dan membunuh anak perempuan. Rasulullah s.a.w beribadah di dalam Gua Hira' untuk beberapa malam. Disana Rasulullah s.a.w beribadat dengan bermunajat dan berzikir mengikut ajaan Nabi Ibrahim as. Rasulullah s.a.w pulang ke rumahnya setelah bekalannya kehabisan. Kebiasaannya Rasulullah s.a.w beribadah hanya berbekalkan gandum dan air sahaja. 

Pada suatu hari, Malaikat Jibril a.s datang menemui Rasulullah s.a.w di Gua Hira. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu, Rasulullah berumur 40 tahun. Malaikat Jibril a.s datang dengan wahyu yang pertama. Lalu Malaikat Jibril a.s berseru ; "Iqra' ! (bacalah)". Maka Rasulullah s.a.w berkata ; "Ma ana biqari" (aku tidak tahu membaca)". Kemudian malaikat Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya, kemudian Malaikat Jibril melepaskan Rasulullah s.a.w dan lalu dia berkata; "Iqra'! (bacalah)". Maka Rasulullah s.a.w berkata ; "Ma ana biqari" (aku tidak tahu membaca). Kemudian Malaikat Jibril mengambil Rasulullah lalu memeluk beliau ketat dan erat kali yang kedua hingga terasa kepayahannya. Kemudian itu malaikat Jibril melepeaskan Rasulullah s.a.w dan berkata; "Iqra'! (Bacalah)". Maka Rasulullah s.a.w berkata ; "Ma ana biqari" (aku tidak tahu membaca)". Setelah itu malaikat Jibril memeluk Rasulullah s.a.w buat kali ketiga. dan ia berkata:


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 


Setelah itu, Rasulullah s.a.w pulang ke rumah dnegan perasaan yang gerun, gementar menggigil-gigil kerana inilah kali pertama Rasulullah s.a.w melihat rupa Malaikat Jibril a.s. Apabila Rasulullah s.a.w sampai ke rumahnya lalu datanglah Baginda kepada Khadijah binti Khuwailid berkata: , "Selimutkanlah aku! selimutkanlah aku!". Lalu Saidatina Khadijah a.s menyelimutkan baginda sehingga hilang rasa ketakutan.  Kemudian baginda berkata kepada Khadijah, dengan tekun Khadijah a.s.mendengar berita agung dari lidah suci suaminya. Setelah menceritakan khabar itu: "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)." Lalu Khadijah berkata kepadanya: "Tidak sama sekali! Demi Allah, tiada kehinaan keatas engkau selamanya, kerana engkau sebenarnya menghubungkan silaraturrahim, engkau memikul, engkau berusaha terhadap orang yang susah, engkau menjamu tetamu dan engkau menolong orang yang ditimpa musibah." Berkata Saidatina Khadijah a.s kepada Baginda.

Kemudian, Siti Khadijah bersama Baginda Rasulullah s.a.w menemui Waraqah bin Naufal Ibnu Asab bin Abdul Uzza iaitu anak bapa saudara Siti Khadijah. Waraqah bin Naufal Ibnu Asab seorang yang beragama Nasrani di dalam zaman jahiliyah dan mahir menulis kitab Ibrani. Maka disalinnya daripada kitab Injil itu dengan bahasa 'Ibram. Beliau seorang yang telah lanjut usianya dan buta. 

"Khadijah pun berkata kepadanya: "Ya anak bapa saudara! Cuba dengarkan kepada anak saudara engkau ini". Kemudian bertanya Waraqah kepada Rasulullah s.a.w: "Wahai anak saudara ku! Apakah dia yang engkau lihat itu?. " Lalu Rasulullah s.a.w menceritakan apa yang di alami dan dilihatnya. Setelah itu Waraqah pun berkata kepadanya: "Inilah Jibril yang pernah diturunkan Allah s.w.t ke atas Nabi Musa a.s. "Segera bertanya Rasulullah s.a.w: "Apakah mereka hendak aku?". "Ya! kerana tidak pernah seorang pun yang datng membawa risalah seumpama yang engkau bawa  itu melainkan dia akan dimusuhi. Dan sekiranya aku dapatilah hari engkau itu, tentulah aku akan menolong engkau dengan pertolongan yang bersungguh-sungguh. "Kemudian tidak berapa lama sesudah itu Waraqah bin Naufal Ibnu Asab pun meninggal dunia dan wahyu pun berhenti."

Para ulama' telah berselisih pendapat tentang masa waktu wahyu dibekukan atau diberhentikan sementara waktu. Ada yang mengatakan tiga tahun, ada yang mengatakan kurang dari itu dan yang paling hampir sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu enam bulan.



PENGAJARAN
  • Tempat kegemaran Nabi Muhammad s.a.w untuk mengasingkan dirinya ialah Gua Hira' sebelum beliau diangkat menjadi Rasul. Tempat tersebut mempunyai sejarah yang mendalam bagi seluruh umat Islam. Setiap Muslim itu, walaupun sudah baik sifat keislamannya, akhlaknya dan ibadahnya perlu memperuntukkan masa untuk menilai diri sendiri. Perlu terus memperbaiki diri dan bermuhasabah terhadap diri agar semakin tertingkat di sisi Allah s.w.t, terutama bagi pendakwah di jalan Allah s.w.t.
  • Apabila Allah s.w.t ingin mendorong seseorang hamba agar berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan, maka beliau akan mencampakkan ke dalam hatinya rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat.
  • Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah bercita-cita untuk menjawat tugas kenabian dan tidak pernah mengimpikannya. Apa yang Allah s.w.t ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadah. Allah s.w.t mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda s.a.w bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut ketika wahyu diturunkan.
  • Rasulullah s.a.w telah mendapat kepastian bahawa Baginda itu adalah Rasul, Setelah melihat malaikat Jibril a.s dan Waraqah bin Naufal Ibnu Asab menegaskan hal itu kepada Baginda. Waraqah bin Naufal Ibnu Asab memberitahu Baginda, apa yang dialami oleh Baginda di dalam gua tersebut adalah penurunan wahyu yang juga pernah dialami oleh Nabi Musa a.s.
  • Oleh itu, penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira' kepada Rasulullah s.a.w adalah merupakan pengangkatan rasmi Baginda sebagai Rasul atas kehendak dan perancangan Allah s.w.t sendiri, dan bermulalah semula dakwah tauhid dengan bimbingan Allah s.w.t, setelah sekian lama terputus sebelumnya.
  • Peranan zaujah yang solehah adalah penting untuk menguatkan semangat dan keazaman suami serta mengukuhkan dakwah suami.
  • Adalah penting unutuk merujuk kepada orang berilmu dalam sesuatu perkara bagi menghasilkan keputusan yang tepat.