- Manusia mendatanginya pada permulaan malam atau tengah malam dan berkumpul di situ.
- Manusia meninggalkannya secara serentak
- Di sana manusia telah berada berhampiran dengan Mina
- Ada pendapat yang mengatakan Adam a.s dan Hawa telah ditemukan semula di Muzdalifah.
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
Pada 9 Zulhijjah para jemaah Haji wajib (mabit)di Muzdalifah selepas meninggalkan Arafah setelah terbenamnya matahari.Bermalam di Muzdalifah salah salah satu perkara wajib haji jika meninggalkannya wajib membayar dam.Sunnah Rasullulah adalah bermalam di Muzdalifah sehingga waktu Fajar lalu menunggu sehingga siang.Rasulullah melakukan solat Jamak Takhir maghrib dan isyak di Muzdalifah semasa haji Wada'.
Masjid yang terletak di Muzdalifah ialah masjid Masy'ar al-Haram.Terletak di jalan no.5,ia merupakan tanda tempat Rasulullah s.a.w bermabit di Muzdalifah.Jaraknya dari masjid Khaif adalah sekitar 5km dan dari masjid Namirah jaraknya 7km.
KELEBIHAN MUZDALIFAH
- DOA DIMAKBULKAN
"Sesunguhnya Aku(Allah)telah mengampuni dosa-dosa umatmu selain mereka yang melakukan kezaliman."
Ketika Rasulullah s.a.w mendengar jawapan tersebut,lalu Rasulullah s.a.w sekali lagi berdoa kepada Allah agar umatnya yang melakukan kezaliman diampunkan dengan berkata :
"Ya Allah,Ya Rabbi,apabaila Engkau menghendaki,Engkau semestinya dapat memberikan kebaikan kepada mereka yang dizalimi,lalu Engkau ampuni mereka yang melakukan kezaliman.
Demikianlah doa Rasulullah s.a.w untuk kali yang kedua pada hari itu,tetapi Allah s.w.t tidak menjawab permohonan Rasulullah s.a.w yang memohon ampun bagi umatnya yang melakukan kezaliman.
Keeseokan paginya iaitu 10 Zulhijjah,ketika Rasullulah s.a.w berada di Muzdalifah,beliau sekali lagi memohon kepad Allah s.w.t untuk kali ketiga dengan berdoa bagi memohon keampunan bagi umatnya yang melakukan kezaliman kemudian permohonan itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
2.MASJID AL-MASY'AR AL-HARAM
-Terdapat sebuah masjid yang dinamakan sebagai Masjid Al-Masy'ar Al-Haram.Perkataan Al-Masy'ar ia diambil al-Syi'ar yang bermaksud "alamat"atau "tanda".Tempat ini dinamakan kerana merupakan salah satu daripada amalan haji dan disifatkan "Al-haram" kerana kedudukan yang berada di Tanah Haram.Tidak boleh dilakukan sesuatu yang tidak diizinkan padanya.Disifatkan dengan "Al-haram"untuk membezakan dengan Arafah yang merupakan masy'ar (tempat ibadah haji)yang berada di luar Tanah Haram.Wallahualam.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w melalui jalan "Dhab"ketika menuju masuk ke Arafah dan keluar darinya menuju ke Muzdalifah melalui jalan "Ma'zimain".Menurut Dr.Ab.Malik Ibn Duhais: "Ma'zim Arafah (Ma'zimain) yang dikenali oleh penduduk Mekah pada masa sekarang dengan nama "Akhsyabain"terletak di antara jalan no.5 dan 6,juga merupakan laluan pejalan kaki (pedestrian).Manakala jalan Dhab terletak di antara no 3 dan 4.